Mak ayah aku bagi nama Nurul Najihah Binti Mohd Zainal. Aku merupakan anak kelahiran Negeri Perak. Ala negeri yang cakap kome-kome tu tak kan tak tahu kot. Menipu la kalau kome semua tak tahu. Aku merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia yang belajar dalam bidang Bacelor Bahasa Dan Linguistik Melayu. Bila dah masuk alam U ni kau akan ada satu nombor matrik yang akan mewakili diri kau dan nombor matrik aku 201849. Ingat nombor matrik ni ingatlah aku.
Fizikal aku tinggi macam hantu galah, kalahlah ketinggian pokok kelapa. HAHAHA. Badan aku pula sekurus, senipis, sekeping, dan sekering macam ikan kering yang jual dekat kedai tu. Orang kata kalau ribut taufan melanda, aku boleh terbang melayang macam layang-layang di ruang angkasa. Itu orang kata la, hakikatnya aku masih berada di darat. Bab suara aku memang menang la. Suara aku sangat 'ayu' umpama chipmunks. Siapa yang dengar suara aku yang 'ayu' ni pasti dapat tidur dengan lena. Kalau awak-awak nak tahu, sahabat-sahabat aku gelar aku 'Mak Jiha'. Sahabat aku gelar aku sebegitu kerana gaya dan perwatakan aku dikatakan seperti mak-mak. Suka berleter, suka memperingat, suka ambil berat, suka mengajar, dan yang lagi penting semua perkara aku tahu. Aku bukan puji diri aku tetapi itu apa yang sahabat-sahabat aku bagitahu. Aku apa lagi kembang macam ikan buntal la. HAHAHA. Diri aku ni juga macam warden penjara. Sangat-sangat garang. Aku bukanlah garang sangat, cuma aku seorang yang tegas dalam perkara-perkara yang penting. Biasalah terbawa-bawa identiti 'Kak Long Kawasan'. Tapi segarang-garang luaran aku, dalam aku selembut-lembut kapas. Cepat terasa dan cepat menangis.
Dah-dah cukup la tu. Cerita sikit-sikit sudahlah. Nak tahu mengenai aku lebih-lebih, berkawan dengan aku. Anda akan mengenali siapa aku yang sebenarnya. Assalamualaikum.
Hai MekJie. Wahhh MekJie bergaya nye dengan uniform. Semoga terus sukses MekJie ♥️
ReplyDeleteYak yak yeay.. Yak yak yeay
ReplyDeleteWahhh datin seri paduka baginda kita bersuara memang bergegar dunia 🥴
ReplyDeleteHahahhahah macam kenal je jumpa Kat mana yr
ReplyDelete