Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA-ANDAIAN

 1. Intuisi

2.    Konteks

·        Penerimaan/penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pegulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

EMOSI

       1. Positif

       2. Negatif

      3.   Emosi  Bercampur

·         Perangai

·        Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

NILAI DAN BUDAYA

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

·         Jujur,   ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesederhanaan.

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan.

·         Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat.

·         Keadilan, kebebasan, rasional.

BAHASA

     1.    Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

     2.    Formal/ tidak formal

     3.   Kesalahan bahasa

     4.    Linguistik

INFERENS

     1.    Rumusan keseluruhan

      2.    Rumusan topik perbincangan

      3.    Penutup  kata

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


    Pra-Andaian ialah perkara atau gambaran yang telah diramal akan berlaku sebelum sesuatu perkara atau tindakan dilaksanakan. Terdapat dua aspek iaitu intuisi dan konteks. Intuisi merujuk kepada gerak hati seseorang tanpa memerlukan pemikiran secara rasional. Konteks merujuk kepada penerimaan/penafian, keperluan, rujukan, anafora, pengulangan, kekaburan, dan penegasan.

    Emosi ialah perasaan yang muncul dalam diri seseorang akibat rangsangan yang berlaku. Terdapat tiga aspek iaitu emosi positif, emosi negatif, dan emosi bercampur. Emosi ini boleh dilihat melalui perangai, personaliti, mood, dan motivasi.

    Nilai dan budaya terdapat tiga aspek yang dinilai iaitu diri, masyarakat, dan adat. Antara nilai yang dapat dianalisis dan dinilai ialah jujur, ikhlas, kesyukuran, kesantunan, semangat kerjasama, dan lain-lain.

    Bahasa memberi fokus kepada bahasa pertama, kedua, ketiga, dan lain-lain. Bahasa juga mempunyai dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Dalam aspek bahasa ini juga, kesalahan bahasa dan aspek linguistik turut diberi penekanan.

    Inferens mempunyai tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan, dan penutup kata. Semua aspek tersebut perlu dianalisis dan dilihat agar ujaran, interaksi, teks, dan tulisan akan menjadi lebih lengkap dan jelas.



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Setiap tugasan sepanjang 14 minggu ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...