Sunday, June 13, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

 Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo sahabat semua.

Jangan terkejut dan pelik sangat ye semua. Hari ini MekJie nak bawak kelainan sikit dalam blog. Nak tahu kelainan apa tu??? Kita bercerita tentang Drama Korea. Rasanya semua sahabat layan Korea ni. Fenomena dekat Malaysia kan. Tak kan tak follow. HAHAHAHA. Untuk pengetahuan semua, Kdrama dan Kpop adalah dua perkara yang berbeza ye. Tidak sama antara satu sama lain. Kpop ini lebih menjelaskan kepada nyanyian dan tarian. Ala macam group BTS tu. Kegilaan ramai wanita di Malaysia. Tapi mintak maaf la ye, MekJie tak minat. Sekadar ikut perkembangan semasa sahaja. Kdrama pula lebih ke arah lakonan oleh barisan-barisan artis Korea. Nak tahu sebab apa Kdrama mendapat perhatian yang tinggi di Malaysia?? Ok salah satunya adalah barisan pelakon yang cukup hensemmmmmm dan cantikkkkkkkkk. Tak la macam sesetengah drama tu. Keraih kejonggggg je orang Perak kata. Siapa makan cili dia terasa pedas. HAHAHAHAHAHA. 

Macam dah jauh tersasar je dari topik utama ni. Sebenarnya, MekJie nak bagitahu yang MekJie menghadiri satu rancangan sembang tamu daripada DBP ini. MekJie ikut rancangan ni pun sebab tajuk kali ini sangat menyengatttttttttt iaitu drama Korea. Memang onzzzzzzz teruk la ceritannya. Nak-nak pulak Prof N yang berkongsi berkaitan drama Korea ni. Lagi la bersemangat. Yeke bersemangat??? Macam fake je. HAHAHAHAHA.


Tengok la sahabat semua. Poster pun dah menarik perhatian orang ramai. Mana saya ni tak tertarik nak ikuti rancangan kali ini.

      





Sahabat boleh lihat sendiri. Betapa excitednya saya. Siap share dan retweet dekat semua sosial media yang MekJie ada. MekJie tahu ramai yang suka dengan drama Korea. That's why MekJie share


Rancangan Sembang Tamu: Drama Korea: Realiti atau Fantasi


Link Youtube: https://youtu.be/zNx2BjyJmlA
Kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Berdasarkan perkongsian Prof, drama Korean ini amat menarik perhatian dan mencuit hati masyarakat terutama golongan remaja. Yang membuatkan MekJie lagi tertarik adalah semangat juang Prof . Dimana beliau berusaha untuk mencapai sesuatu perkara yang diingini. Sebagai contoh, Prof ingin pergi ke Korea. Prof mempunyai keinginan ini kerana menonton drama Korea. Dengan izin Allah s.w.t, Prof berjaya menjejakkan kaki beliau di negara Korea. Alhamdulillah. Hasratnya sudah tercapai. Bukan itu sahaja, Prof juga belajar bagaimanan cara untuk memetik Ukulele. Ala gitar yang kecik dan comey tu. Minat beliau terhadap Ukulele ini wujud melalui daripada menonton drama Korea. Kuat sungguh penangan drama Korea ni kan. Tapi bagusnya, kita dapat mempelajari sesuatu yang baharu. Betul atau tidak???

Memamng benar kata-kata Prof. Apabila kita menonton drama Korea kita seolah-olah bukan berada di bumi. Berangan memegang watak dalam drama tersebut. Memang hebat penangan drama Korea ni. Prof juga berkongsi tentang judul-judul drama Korea yang memang mendapat perhatian orang ramai dan hangat diperkatakan oleh semua rakyat Malaysia. Antaranya, Winter Sonata, Sweet Home, Move to Heaven, dan sebagainya.  Pada masa yang sama, Prof juga sempat menjelaskan mengapa drama Korea dapat memberi kesan kepada penonton. Misalnya, penonton dapat belajar cara berbahasa Korea dan Inggeris dalam masa yang sama. Bukan itu sahaja, penonton juga dapat mempelajari ilmu baharu melalui genre-genre yang dipaparkan. 

Senang cakap. Memang tak rugi la join sembang tamu kali ini. Memamng best sungguh. Malah judul-judul yang dipaparkan Prof boleh dijadikan sebagai koleksi masa cuti sem nanti. Hahahaha. Okay la semua. Setakat ini sahaja perkongsian MekJie kali ini. Nanti pi la tengok drama Korea. BYE-BYE SEMUA. ASSALAMUALAIKUM.

Bukti kehadiran dan pertanyaan soalan:




Feedback mengenai Rancangan Sembang Tamu: Drama Korea Realiti atau Fantasi





No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Setiap tugasan sepanjang 14 minggu ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...