Assalamualaikum.
Adakah anda semua tahu apakah itu bahasa isyarat? Saya yakin dan pasti anda semua mengetahui apa yang dimaksudkan dengan bahasa isyarat tetapi tidak diamalkan bagi masyarakat yang normal. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang ilmu bahasa isyarat. Umum mengetahui, bahawa bahasa isyarat adalah salah satu komunikasi yang diaplikasikan dan dipraktikkan oleh golongan istimewa yang pekak dan bisu. Bahasa isyarat merupakan medium untuk berkomunikasi tetapi tidak menggunakan suara sebaliknya hanya menggunakan pergerakkan tangan bagi menyampaikan mesej kepada pendengar. Namun, semua masyarakat tidak mengetahui dan tidak berfikiran terbuka kerana bahasa isyarat juga boleh digunakan oleh semua masyarakat walaupun diri anda bukan golongan istimewa. Mayarakat pada hari ini terlalu cetek pemikirannya kerana beranggapan bahasa isyarat hanya untuk golongan istimewa sahaja dan golongan yang normal tidak perlu pelajari.
Di kesempatan ini, saya lampirkan link dari Youtube dan video berkenaan dengan siaran langsung pada 6 April 2021 (Selasa) yang berkaitan dengan bahasa isyarat. Berdasarkan Rancangan Sembang Tamu yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia telah membawa tajuk perbincangan 'Celik' Bahasa Isyarat yang dikongsikan dan diceritakan oleh Professor saya sendiri yang diberi nama yang cukup indah dan cantik iaitu Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.
DIKREDITKAN OLEH: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA
LINK: https://youtu.be/-h5hlplln24
Berdasarkan perkongsian dan penceritaan beliau pada 6 April 2021 (Selasa), maklumat dan informatif yang diberikan cukup menarik, berguna, dan kefahaman yang sangat jelas. Beliau menyatakan bahawa dirinya hanya mengambil masa dua bulan sahaja untuk mempelajari dan mempraktikkan bahasa isyarat pada usia telah mencecah 60 tahun. Masa 2 bulan yang diambil untuk mempelajari bahasa isyarat pada usia beliau adalah jangka masa yang sangat pendek dan mengagumkan. Sungguh hebat dan dasyat Prof saya ini. Pada masa yang sama juga, beliau turut menyatakan bahawa semua masyarakat haruslah sedar akan pentingnya bahasa isyarat dalam kehidupan seharian. Bahasa isyarat merupakan salah satu bahasa komunikasi pada diri kita sendiri dan sebagai golongan yang normal kita juga mampu berbahasa isyarat. Menurut beliau lagi, bahasa isyarat ini turut digunakan oleh beliau ketika berkomunikasi di rumah untuk menunjukkan pelbagai perasaan dan emosi serta menyampai mesej terutamanya kepada anak-anak beliau. Beliau menyatakan bahawa bahasa isyarat ini boleh digunakan pada anak-anak, adik beradik, dan kawan-kawan. Misalnya, apabila adik membuat bising yang terlalu kuat dan bergaduh antara satu sama lain, cukup dengan membuat isyarat membesarkan mata, menjeling, renungan tajam, dan mengetap bibir sudah memadai untuk menyapaikan mesej kepada mereka bahawa kita begitu marah akan perbuatannya itu. Di sini jelas menunjukkan bahawa bahasa isyarat boleh diaplikasikan dan digunakan dalam pelbagai keadaan bukan hanya untuk kegunaan golongan istimewa tetapi boleh digunakan oleh diri kita sendiri yang normal. Bagi mereka yang normal tetapi mampu menguasai bahasa isyarat adalah satu keistimewaan yang luar biasa kerana dirinya mampu menjadikan bahasa isyarat sebagai bahasa ketiga dalam dirinya sendiri selepas penggunaan bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Selain itu, beliau juga mencadangkan idea dan alternatif untuk menjadikan bahasa isyarat sebagai satu keperluan dalam kehidupan semua masyarakat. Beliau mencadangkan agar bahasa isyarat dijadikan sebagai subjek dalam kokurikulum di sekolah dan kursus elektif wajib bagi pelajar di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Hal ini dikatakan demikian kerana menurut beliau bahasa isyarat ini mempunyai kepentingan dan keistimewaan kepada mereka yang mempelajari dan menguasai bahasa isyarat ini. Sebagai contoh, seseorang itu pergi melancong ke luar negara tetapi tidak menguasai bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sana. Dengan adanya pengguasaan bahasa isyarat, individu tersebut boleh menggunakan bahasa isyarat sebagai bahasa untuk berkomunikasi dengan masyarakat di negara itu. Umum harus mengetahui bahasa isyarat ini adalah salah satu bahasa yang ada di setiap negara di dunia ini. Maka, jelaslah bahwa bahasa isyarat ini mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk mempelajari dan menguasai bahasa ini sebagai bahasa ketiga dalam diri. Anda pasti tidak rugi dan anda juga akan memperoleh keuntungan dan kebaikan. Di Malaysia, Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) ini telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi untuk komuniti orang yang pekak. Dengan itu, marilah kita bersama-sama mempelajari dan menguasai bahasa isyarat. Mempelajari bahasa isyarat ini bukan untuk menjadikan diri anda hebat tetapi meningkatkan ilmu pengetahuan, pengguasaan pelbagai bahasa, dan menunjukkan usaha kita dalam membantu orang di sekeliling sekiranya mereka meminta pertolongan terutamanya membantu golongan yang istimewa. Apabila mereka melihat kita mampu berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat, mereka pasti bangga dan tidak akan berasa tersisih kerana golongan yang normal juga menggunakan bahasa isyarat dalam komunikasi seharian mereka. Saya amat kagum dan terkesima melihat usaha dan kegigihan Prof dalam mempelajari dan menguasai bahasa isyarat serta telah membuka mata dan hati kepada kami sebagai golongan mahasiswa yang masih muda tentang pentingnya bahasa isyarat ini untuk dipelajari dan dikuasai.
Sekian, Terima Kasih, Sawat di: kha.
Ini merupakan bukti kehadiran saya mengikuti perkongsian Prof pada 6 April 2021 (Selasa)
No comments:
Post a Comment