Saturday, May 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA (KLIK-KLIK)

Assalamualaikum dan Hai semua. Sihat ke tu??? Semoga sihat la hendak-Nya.

Tugasan pada minggu 6 ini, saya dan ahli kumpulan dikehendaki untuk membuat sebuah video bertemakan simpulan bahasa. Untuk menghasilkan video ini, saya dan ahli kumpulan perlu melakonkan babak simpulan bahasa mengikut kreativiti masing-masing. Alhamdulillah, tugasan ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan semuanya berjalan dengan lancar. Bahagia sangat-sangat. Kerjasama yang diberikan antara ahli kumpulan juga amat membantu dalam penghasilan video yang penuh kualiti dan menarik. Terima Kasih ahli kumpulan Klik-Klik. Kita semua memang awesome. Babak yang dilakonkan sungguh mengelikan hati kerana setiap ahli memainkan peranan masing-masing dengn penuh keikhalasan. Memang benar-benar kreatif. Tak yah la cerita panjang-panjang lagi. Ayuh kita sama-sama tonton dan saksikan video bertemakan simpulan bahasa yang telah dilakonkan oleh ahli kumpulan Klik-Klil. Pasti anda akan tersengih-sengih macam kerang busuk. HAHAHAHAHA. Jom kita lihat video di bawah ini. Semoga anda terhibur.


https://youtu.be/LX46kIlqbtw



Senarai simpulan bahasa yang terdapat dalam video di atas:

1.  Rambang mata [tidak boleh membuat pilihan]
2.  Mata air [buah hati]
3.  Ada angin [Perangai atau tingkah laku yang tidak tetap] 
4.  Ada bakat [Mempunyai kebolehan]  
5.  Ada hati [Bercita-cita untuk membuat sesuatu / Menaruh minat terhadap seseorang secara diam-diam]  
6.  Ada jalan [Mempunyai peluang] 
7.  Ada sengat/Ada taring [Mempunyai kuasa] 
8.  Air bujang [Hidangan minuman tanpa kuih] 
9.  Air muka [Wajah atau rupa seseorang] 
10.  Mandi peluh (hardworking) 
11.  Makan angin (bercuti) 
12.  Alas perut [Makan sedikit untuk menahan lapar] 
13.  Makan hati (kecewa) 
14.  Alim kucing [Berpura-pura baik] 
15.  Ambil angin [Keluar bersiar-siar mengambil udara nyaman di taman atau di tepi pantai] 
16.  Ambil berat [Mengambil tahu tentang sesuatu perkara atau seseorang] 
17.  Ambil hati [Membuat sesuatu supaya disukai oleh orang/tersinggung atas perbuatan seseorang] 
18.  Anak angkat / Anak tut [Anak orang yang dipelihara sebagai anak sendiri] 
19.  Makan suap (rasuah) 
20.  Buta tuli [Berbuat sesuatu tanpa berfikir] 

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Setiap tugasan sepanjang 14 minggu ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...