Rujukan: Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum semua. Sihat ke? Harapnya semua sihat-sihat belaka.
Saya rasa masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat kalian semua. Macam mana sambutan tahun ini? Pasti meriah dan seronok kan. Walaupun kita menyambut Hari Raya dalam keadaan PKP 3.0, namun harus diraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Nak duit raya ke? HEHEHE. Kalau nak pm tepi ye.
Dalam kita bersuka ria menyambut Hari Raya, namun ada sebahagian umat Islam yang tidak dapat meraikan kemenangan ini kerana sedang bertarung nyawa menyelamatkan Tanah Islam. Dikesempatan ini, saya mengajak sahabat-sahabat semua untuk kita sama-sama memanjatkan doa agar kemenangan menyebelahi Pihak Palestin dan keamanan buat mereka semua. INSYAALLAH. #PRAY4PALESTIN
Berbalik kepada tujuan saya menulis blog pada hari ini. Tujuan saya pada hari ini adalah ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang suatu video. Nak tahu apa nama video tu tak??? Okay, nama video tu ialah video setempat suasana Hari RAYA. Saya pun baru belajar merakam video ni. Jadi saya kongsi ilmu baru dengan sahabat-sahabat semua. Sebelum saya beritahu langkah merakam video setempat ini, marilah kita saksikan dahulu video yang saya hasilkan ini. Ayuh sahabat-sahabat. Klik link di bawah dengan segera nanti sahabat akan sampai ke destinasi sebenar.
Dah lihat video di atas. Meriah kan suasana Hari Raya di
rumah saya. Begitu la setiap kali menyambut syawal. Walaupun PKP 3.0, syawal
harus diraikan. Tak kesah di mana kita berada, syawal harus diraikan kerana
syawal merupakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Okay
cukup la tu. Mari saya beritahu tentang langkah merakam video setempat.
Langkah-langkah:
1.
Sediakan fon atau kamera. Kalau tak ada salah
satu ni macam mana nak merakam. HAHAHA.
2.
Cari tempat yang ingin dirakamkan. Macam saya,
saya rakam dekat beranda rumah.
3.
Selepas mencari tempat yang sesuai, kita setting
fon atau kamera.
4.
Letakkan fon dan kamera pada satu tempat sahaja (ikut
la nak pegang atau letak pada tripod).
Video setempat tidak boleh berubah tempat. Perlu statik pada satu tempat
sahaja.
5.
Setelah semuanya selesai, mula la rakam video.
6. Semasa merakam video, hanya suara orang yang
merakam je dengar tapi wajah perakam tak boleh ada dalam video.
7.
Selepas itu, semasa merakam video tu perakam
akan menerangkan keadaan atau situasi yang sedang dirakam.
8.
Suara hanya dalam kelantangan yang sederhana tak
kuat tak pelahan.
9.
Rakam la seberapa lama yang anda mahu. Tapi tak
yah la lama-lama sangat.
10.
Akhir sekali, simpan video tersebut dalam galeri
anda. Siapppppppppp!!!
BYE-BYE. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari dan masa tetapi tempat yang sama.
No comments:
Post a Comment