Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7-VLOG HARI RAYA KLIK KLIK

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum semuanya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat sahabat-sahabat dan keluarga.

Ada yang sakit perut ke tu? Kebiasaannya pasti ramai yang mengalami sakit perut di awal-awal syawal ni. Almaklum la makan macam-macam juadah sampai tak ingat dunia. HAHAHAHA. Macam mana raya tahun ini? Pasti meriahkan.

Meh sini rapat-rapat. Saya ada cerita nak berkongsi ni. Mesti semua nak tahu kan apa cerita saya kali ni.

Saya nak cerita ni. Haritu, ahli kumpulan KLIK KLIK pi ziarah rumah kawan-kawan mereka. Tapi ziarah secara atas talian je la. Sekarang kan PKP 3.0 mana boleh rentas daerah dan negeri. Jadi ahli kumpulan KLIK KLIK mengadakan ziarah secara atas talian. Seronok tau. Kelainan sangat-sangat. Kami dapat melihat gelagat masing-masing dalam Vlog kami ni. Ada yang pi solat sunat raya, ada yang bersalaman dengan ahli keluarga, ada yang menghidangkan juadah, ada yang makan, ada yang Video Call, dan macam-macam la lagi. Sahabat semua mesti nak tengok dan lihat gelagat kami dalam Vlog Hari Raya KLIK KLIK kan. Kalau macam tu, tekan saja link di bawah. Ayuh kita lihat sama-sama. Seronok sangat-sangat. Kenangan paling indah antara kami semua.


https://youtu.be/25cOT1I_rbw

Dah tengok ke belum Vlog Hari Raya KLIK KLIK. Pasti dah tengok kan. Macam mana, seronok kan. Itu la antara kenangan yang dapat disimpan. Walaupun kita PKP 3.0, ziarah menziarahi masih boleh dilakukan. Zaman semakin moden dan canggih. Jadi kita gunakan kecanggihan yang ada untuk melakar dan mencipta kenangan yang terindah tidak kira dalam apa jua keadaan dan situasi.

Okay la. Sampai sini saja la cerita dan perkongsian saya. Penat cerita panjang-panjang ni. HAHAHAHA. Nanti bosan pulak kalian baca. Panjang umur kita jumpa lagi. Jaga diri semua dan yang penting jaga SOP. Kita masih belum menang.

Ehhh jap-jap. Jangan cepat sangat nak keluar tu. Satu lagi pesanan, jangan lupa teruskan berdoa dan memberi sumbangan kepada sahabat-sahabat kita yang berada di Palestin. Kita sama-sama doakan agar kemenangan milik mereka dan golongan Israel Laknatullah hapus dari muka bumi ini. InsyaAllah, AMIIN.



BUKTI KEHADIRAN 3 MEI 2021

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Setiap tugasan sepanjang 14 minggu ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...