Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA
Pada
hari ahad yang lepas, bapa Alim telah membawa pulang banyak buah-buahan
tempatan untuk anak-anaknya. Bapa Alim mengetahui bahawa semua anaknya gemar
makan buah-buahan tempatan. Bapa Alim membeli buah rambutan, manggis, duku,
langsat, dan durian. Buah-buahan tempatan itu dibeli oleh bapa Alim di Pasar
Tani. Bapa meminta anak sulungnya untuk memanggil adik-beradinya yang lain.
selepas itu, Madinah tiba-tiba menjerit sambil melompat apabila melihat
buah-buahan tempatan yang banyak. Pada masa yang sama juga, Aisyah adik kepada
Madinah turut menjerit bahawa dirinya mahukan buah manggis. Aisyah terus
berlari mendapatkan beg plastik yang berisi buah manggis terlebih dahulu. Mereka
sekeluarga makan buah-buahan itu bersama-sama dengan perasaan yang
menyeronokkan. Sebelum mereka makan buah-buahan tersebut, ibu Alim telah
berpesan kepada semua anak-anaknya agar membuang semua kulit buah-buahan
tersebut ke dalam bakul yang disediakan. Ibu Alim melarang anak-anaknya membuag
kulit buah-buahan di merata-rata tempat kerana tidak mahu kawasan rumah kotor
dan bersepah.
Sedang
asyik menikmati buah-buahan tempatan itu, tiba-tiba Alim ingin memberikan sedikit
daripada buah-buahan itu kepada Sulaiman. Alim teringat akan pesanan ibunya
yang menyatakan bahawa berkongsi makanan atau barang yang kita suka adalah satu
perbuatan yang baik. Teringat akan pesanan itu, Alim terus meminta izin
daripada ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan tempatan yang di beli oleh
bapanya kepada Sulaiman. Sulaiman merupakan jiran dan kawan baik Alim. Ibu Alim
memuji Alim atas sifat Alim yang sungguh baik dan bagus kerana Alim ingat akan
pesanan beliau. Ibu Alim mengizinkan Alim memberi buah tersebut kepada
Sulaiman. Ibu Alim mengasingkan buah-buahan tersebut ke dalam beg plastik merah
dan meminta Alim untuk menghantarkan buah tersebut kepada Sulaiman. Alim terus
pergi ke rumah Sulaiman dan memberikan bungkusan begbplastik yang telah diisi
dengan buah-buahan tempatan kepada Sulaiman. Setelah beg plastik tersebut
bertukar tangan, Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah-buahan tempatan kepadanya.
Selepas itu, Alim terus berlari ke rumah bagi mendapatkan ahli keluarganya sambil terukir senyuman puas di bibir. Setelah selesai makan buah-buahan itu, Alim membantu ahli keluarganya mengemas rumah. Alim membawa bungkusan sampah untuk di buang ke dalam tong sampah besar yang berada di luar rumahnya. Semasa sedang membuang sampah, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman. Mak Cik Timah sedang menyapu lantai di rumah beliau. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah-buahan tempatan kepada anaknya Sulaiman.
Di
samping itu, Alim memberitahu kepada Mak Cik Timah bahawa ibunya berpesan
berkongsi itu adalah perbuatan yang baik
dan ibu turut berpesan bahawa Sulaiman dan Mak Cik Timah serta Pak Cik Yakub adalah
jiran yang baik. Lantas Alim menjawab
bahawa kita semua mesti baik dengan jiran. Mak Cik Timah membenarkan kata-kata
Alim itu dengan wajah yang sedih. Mak Cik Timah sedih kerana Mak Cik Timah
gembira kerana Alim seorng budak lelaki yang baik dengan anaknya Sulaiman. Sejurus
itu, Alim menjawab bahawa dirinya suka Sulaiman dan Sulaiman adalah kawannya
sambil melambaikan tangan kepada Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah. Mak
Cik Timah terus memandang ke arah Alim sehingga susuk tubuh itu hilang sambil
berdoa agar Tuhan memberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada Alim
sekeluarga.
No comments:
Post a Comment