DILEMA PENGEMBARA
Kredit: Dewan Bahasa dan Pustakan
https://youtu.be/bQCPNh8Es1o
Rancangan Sembang Tamu yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16 April 2021 merupakan satu program yang sangat menarik dan menyeronokkan. Hal ini dikatakan demikian kera tajuk Sembang Tamu pada hari tersebut ialah Delima Pengembara. Satu tajuk yang sangat ringkas tetapi perkongsian yang cukup menarik, berpengalaman, dan memberikan gambaran yang menggembirakan. Perkongsian dan pengalaman ini telah diceritakan oleh seorang pengarah yang cukup banyak pengalaman dalam mengembara ini iaiui Dr. Siti Nur Aliaa Roslan. Anak kepada pensyarah saya ni. HEHEHE. Mak dan anak cukup padu dan hebat. Memang benar-benar memberikan insprasi yang luar biasa. Dr. Aliaa ini telah mengembara sebanyak 21 kali sejak beliau berumur 16 tahun lagi. Cukup banyak pengalaman. Dan pada usia 16 tahun itu, terlalu muda untuk mengembara dan menimba pengalaman, akan tetapi didikan dan tunjuk ajar dari keluarga telah memberikan beliau seribu satu pengalaman dalam mengembara. Sungguh beruntung diri beliau. Alhamdulillah. Beliau menyatakan bahawa mengembara ini berlaku apabila seseorang itu keluar dari zon selesa atau tempat asal dan berhijrah ke sesuatu tempat yang baharu walaupun dalam tempoh yang singkat. Mengembara bukan apabila kita pergi ke luar negara, tetapi dalam negara juga dikatakan mengembara. Itu konsep yang harus kita pegang dan diketahui.
Mengembara bukan suatu aktiviti yang membuangkan masa atau duit, tetapi apabila dilihat daripada sudut yang positif ia memberikan ilmu pengetahuan yang baharu dan mendidik diri menjadi seorang yang penuh dengan pengalaman dan kental. Langkah yang lebih luas dan jauh akan meluaskan lagi ilmu pengetahuan diri kita. Kita tidak akan rugi walaupun sesen sebaliknya mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda walaupun bukan dalam bentuk duit. Asyik duit je yang difikirnya. Ilmu tu lagi penting. HAHAHAHA. Ilmu dan duit harus seiring. Apabila kita mengembara, kita akan dapat mencungkil bakat dan keberanian dalam diri kita sendiri. Yela duduk tempat sendiri dah biasa sangat. Sekali sekala kita cabar diri untuk buat kelainan. Cuba bayang kan, kita pergi mengembara di Sabah. Kita tidak memahami apa yang mereka ujarkan, jadi kita boleh beranikan diri untuk bertanya atau belajar ujaran mereka untuk memudahkan komunikasi berlaku antara diri kita dengan mereka. Secara tidak langsung, kita dapat meningkatkan keberanian, mencungkil bakat mempelajari bahasa lain, dan ilmu pengetahuan. Jujur cakap mengembara tidak merugikan.
Dengan kata lain, jika kita benar-benar menyelam dan mengorek dalam mengembara ini, banyak manfaat dan ganjaran yang bakal kita perolehi. Cuma malas atau rajin sahaja. Kalau malas rugi, kalau rajin menguntungkan. Pilihan ditangan sendiri. Mengembara sekiranya memiliki kewangan yang stabil. Tidak perlu ke luar negara, cukup dalam negara. Anda pasti memperoleh sinar baharu. InsyaAllah andai diberikan umur yang panjang dan rezeki lebih, saya pasti akan mengembara dengan keluarga kecil saya. Pasti menyeronokkan dan memberikan pengalaman yang paling berharga. Tapi sekarang Covid-19, duduk rumah diam-diam dulu. Jangan nak merayap lagi. Nanti sakit menyusahkan orang pulak. Sama-sama kita bantu barisan hadapan negara. Semoga virus ini beransur pulang ke tempat asal. AMIIN. Habis Covid-19, ayuh kawan-kawan, kita MENGEMBARAAAAAAAA!!!!!
Terima Kasih Dr. Aliaa atas perkongsian yang dikongsi bersama-sama kami semua. Semoga kita berjumpa lagi. Jaga diri kawan-kawan. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment