Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Berjumpa lagi dengan MekJie. Harapnya tidak bosan la ye. HAHAHAHA
Minggu ini, MekJie buat posting terbaru di IG. Kali ini posting berkaitan dengan suasana. Mesti semua ada suasana yang terindah dalam kehidupan masing- masing kan. Ada suasana sedih, gembira, pahit, dan manis. Macam-macam suasana yang ada. Semuanya suasana tercipta dan terpahat di lubuk hati. Suasana yang MekJie post adalah tentang suasana semasa sesi fotografi di sekolah sewaktu Tingkatan 6 Atas. Memang best. Tak nak la cerita panjang-panjang. Jom kita lihat posting MekJie di bawah.
Posting Mekjie berkaitan dengan suasana di Tingkatan 6 Atas.
Sambil-sambil tu MekJie lakukan komen pada bahagian posting rakan-rakan MekJie. Jom kita lihat komen apa yang MekJie buat kali ini. Hehehe.
Sampai di sini dulu perkongsian MekJie kali ini. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di minggu depan. MekJie doakan semoga semuanya dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Jaga diri sahabat semua. Bye-bye dan Assalamualaikum.
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat MekJie semua. Sihat ke tu? Harapnya sihat-sihat belaka.
Hari ni MekJie nak berkongsi posting terbaru di Instagram. Nak tahu posting apa pula kali in? Mari sini rapat-rapat MekJie bagitahu kome-kome semua. Kali ini posting berkaitan dengan keindahan. Keindahan ini wujud di mana-mana sahaja tidak kira waktu, tempat, dan keadaan. Segala aspek ada keindahan. Tetapi kali ini MekJie memberi tekanan pada keindahan seorang manusia. Sambil-sambil tu MekJie ada jugak komen dan like pada posting kawan-kawan MekJie. Apa tunggu lagi, ayuh kita lihat sama-sama posting MekJie dan kawan-kawan.
Posting MekJie pada 17 Jun 2021
Di bawah ini pula, komen MekJie pada posting kawan-kawan sekelas
Cukup la sampai di sini sahaja perkongsian MekJie. Ada masa kita bersua kembali. Jaga diri patuhi SOP. Sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19. InsyaAllah one day we will WIN!!!!!!!AMIIN🤲🤍
Alam semula jadi tidak asing lagi dalam kehidupan seorang insan yang bergelar manusia. Siang, malam, pagi, petang semuanya dikelilingi dengan alam semula jadi. Sungguh indah ciptaan Sang Pencipta. MekJie suka dengan alam semula jadi ini. Sangat memberi ketenangan jiwa, minda, dan kesihatan. Mesti sahabat juga suka akan alam semula jadi kan. MekJie minat hiking-hiking ni tapi malangnya MekJie tak ada kawan perempuan yang minat. Kalau pi pun MekJie pi dengan kawan lelaki yang MekJie rapat. Tapi segan la kita perempuan dia lelaki. MekJie tak kesah pun sebab kawan rapat kan dan pandai la jaga batas. Jom sahabat semua lihat posting MekJie berkaitan dengan alam semula jadi. MekJie kena buat 5 thread. Gambar-gambar yang MekJie kongsikan ini juga adalah kenangan yang MekJie pergi hiking sebelum PKP dilaksanakan. Ayuh sahabat semua.
Assalamualaikum dan Hai sahabat semua. Sihat ke tu? Harapnya sihat-sihat belaka.
Pautan di Facebook kali ini, MekJie perlu cerita tentang kisah sedih. Setiap manusia pasti mengalami dan mempunyai kisah sedih kan. Cumanya berbeza keadaan, masa, dan tempat. Pasti semua pernah mengalirkan air mata. Terlalu banyak kisah sedih yang MekJie lalui. Tapi MekJie tahu setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Betul tak sahabat semua??? Kisah sedih yang MekJie kongsikan kali ini adalah tentang 'Persahabatan'. MekJie sayang sangat-sangat sahabat MekJie ni. Tapi apakan daya kita hanya mampu merancang. Sejak kejadian itu, MekJie susah untuk menyayangi orang terutama sekali kawan-kawan yang MekJie rapat. Sebab takut kejadian yang sama berulang lagi. Tapi jangan risau, kawan-kawan rapat yang MekJie ada sekarang ni semuanya MekJie sayang kerana mereka sungguh baik dan penyayang. Terima Kasih kawan- kawan rapat MekJie. Aku sayangggggg kome😘. MekJie reda atas segala ketentuan Ilahi. Selamat Maju Jaya Dunia dan Akhirat Sahabat.
Jangan terkejut dan pelik sangat ye semua. Hari ini MekJie nak bawak kelainan sikit dalam blog. Nak tahu kelainan apa tu??? Kita bercerita tentang Drama Korea. Rasanya semua sahabat layan Korea ni. Fenomena dekat Malaysia kan. Tak kan tak follow. HAHAHAHA. Untuk pengetahuan semua, Kdrama dan Kpop adalah dua perkara yang berbeza ye. Tidak sama antara satu sama lain. Kpop ini lebih menjelaskan kepada nyanyian dan tarian. Ala macam group BTS tu. Kegilaan ramai wanita di Malaysia. Tapi mintak maaf la ye, MekJie tak minat. Sekadar ikut perkembangan semasa sahaja. Kdrama pula lebih ke arah lakonan oleh barisan-barisan artis Korea. Nak tahu sebab apa Kdrama mendapat perhatian yang tinggi di Malaysia?? Ok salah satunya adalah barisan pelakon yang cukup hensemmmmmm dan cantikkkkkkkkk. Tak la macam sesetengah drama tu. Keraih kejonggggg je orang Perak kata. Siapa makan cili dia terasa pedas. HAHAHAHAHAHA.
Macam dah jauh tersasar je dari topik utama ni. Sebenarnya, MekJie nak bagitahu yang MekJie menghadiri satu rancangan sembang tamu daripada DBP ini. MekJie ikut rancangan ni pun sebab tajuk kali ini sangat menyengatttttttttt iaitu drama Korea. Memang onzzzzzzz teruk la ceritannya. Nak-nak pulak Prof N yang berkongsi berkaitan drama Korea ni. Lagi la bersemangat. Yeke bersemangat??? Macam fake je. HAHAHAHAHA.
Tengok la sahabat semua. Poster pun dah menarik perhatian orang ramai. Mana saya ni tak tertarik nak ikuti rancangan kali ini.
Sahabat boleh lihat sendiri. Betapa excitednya saya. Siap share dan retweet dekat semua sosial media yang MekJie ada. MekJie tahu ramai yang suka dengan drama Korea. That's why MekJie share.
Rancangan Sembang Tamu: Drama Korea: Realiti atau Fantasi
Link Youtube: https://youtu.be/zNx2BjyJmlA
Kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Berdasarkan perkongsian Prof, drama Korean ini amat menarik perhatian dan mencuit hati masyarakat terutama golongan remaja. Yang membuatkan MekJie lagi tertarik adalah semangat juang Prof . Dimana beliau berusaha untuk mencapai sesuatu perkara yang diingini. Sebagai contoh, Prof ingin pergi ke Korea. Prof mempunyai keinginan ini kerana menonton drama Korea. Dengan izin Allah s.w.t, Prof berjaya menjejakkan kaki beliau di negara Korea. Alhamdulillah. Hasratnya sudah tercapai. Bukan itu sahaja, Prof juga belajar bagaimanan cara untuk memetik Ukulele. Ala gitar yang kecik dan comey tu. Minat beliau terhadap Ukulele ini wujud melalui daripada menonton drama Korea. Kuat sungguh penangan drama Korea ni kan. Tapi bagusnya, kita dapat mempelajari sesuatu yang baharu. Betul atau tidak???
Memamng benar kata-kata Prof. Apabila kita menonton drama Korea kita seolah-olah bukan berada di bumi. Berangan memegang watak dalam drama tersebut. Memang hebat penangan drama Korea ni. Prof juga berkongsi tentang judul-judul drama Korea yang memang mendapat perhatian orang ramai dan hangat diperkatakan oleh semua rakyat Malaysia. Antaranya, Winter Sonata, Sweet Home, Move to Heaven, dan sebagainya. Pada masa yang sama, Prof juga sempat menjelaskan mengapa drama Korea dapat memberi kesan kepada penonton. Misalnya, penonton dapat belajar cara berbahasa Korea dan Inggeris dalam masa yang sama. Bukan itu sahaja, penonton juga dapat mempelajari ilmu baharu melalui genre-genre yang dipaparkan.
Senang cakap. Memang tak rugi la join sembang tamu kali ini. Memamng best sungguh. Malah judul-judul yang dipaparkan Prof boleh dijadikan sebagai koleksi masa cuti sem nanti. Hahahaha. Okay la semua. Setakat ini sahaja perkongsian MekJie kali ini. Nanti pi la tengok drama Korea. BYE-BYE SEMUA. ASSALAMUALAIKUM.
Bukti kehadiran dan pertanyaan soalan:
Feedback mengenai Rancangan Sembang Tamu: Drama Korea Realiti atau Fantasi
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum dan Selamat Petang sahabat. Berjumpa lagi kita.
Hari ini MekJie nak berkongsi video terbaharu. Nak tahu tak video apa?? Cuba la teka dahulu. HEHEHEEH. Video kali ini merupakan video fokus. Apa itu video fokus??? Tak pernah dengar pun. Video fokus merupakan video tanpa wajah tetapi memberi tumpuan terhadap sesuatu item atau anggota badan. Contohnya buku, baju, kaki, hidung, dan sebagainya. Ahli kumpulan MekJie telah menghasilkan ssebuah video fokus yang bertajuk Pena Harapan. Best tau video kali ini. Nak tahu apa yang dimaksudkan dengan Pena Harapan??? Ayuh sahabat semua tekan link di bawah untuk sama-sama kita saksikan video fokus kali ini. Apa tunggu lagi, jom semua. Selamat Menonton.
https://youtu.be/jNIE6GMAcC8
Macam mana sahabat, best kan. Nanti ada masa terluang, sahabat semua boleh la mencuba video fokus ini. Mudah sahaja untuk lakukannya. Kalau sahabat buat video fokus ini, jangan lupa share dengan MekJie ok. Semoga kita bertemu lagi.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera sahabat semua. Harapnya semua dalam keadaan sihat walafiat.
Berjumpa lagi kita. Hari ini saya mahu berkongsi video baharu lagi. Tiap-tiap minggu saya berkongsi video dengan sahabat semua. Video kali ini ialah video seram. Siapa dekat sini takut dengan hantu??? Baik mengaku cepat. HAHAHAHA. Video kali ini banyak kemunculan hantu. Hantu apa tu??? Nak tahu kena tengok la sendiri. Jangan la risau, tak ada hantu yang menakutkan. Biasa-biasa je. Kami masih belajar. Video ini juga hasil daripada kerjasama dengan ahli kumpulan KLIK KLIK. Memang berbkat masing-masing. Jom kita saksikan dan tonton bersama-sama. Sediakan bantal dan selimut. HAHAHAHA. Lemah semangat jangan lihat. Nanti sakit susahkan pula mak ayah kalian semua. Cepat tekan video dan link di bawah.
https://youtu.be/Yjo3lugT5qs
Menarik kan sahabat semua. Seram ke tak??? Seram kan. Hahahaha. Terkejut tak semua?? Tapi biasa je video kami. Banyak lagi ilmu dan teknik yang perlu dipelajari. InsyaAllah. Okay la sahabat semua. Setakat ini dahulu perkongsian saya kali ini. Kita bejumpa lagi nanti. Jaga diri elok-elok. ASSALAMUALAIKUM dan BYE-BYE.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum dan Hau sahabat semua. Berjumpa lagi kita. Kali ke berapa tak tahu la. Harapnya sahabat semua tidak bosan.
Kali ini saya ingin berkongsi video terbaharu dengan sahabat semua. Nak tahu video apa tak??? HAHAHAHA. Video kali ini ialah video tragedi. Video ini dihasilkan oleh kerjasama antara ahli kumpulan saya sendiri tau iaitu kumpulan KLIK KLIK. Menarik tau video kali ni. Nak tahu kenapa menarik??? Video kali ini menarik kerana semua ahli KLIK KLIK mempunyai bakat dalam lakonan. Memang menjadi lakonan mereka. Buat pengetahuan sahabat, kami merakam video ini di rumah masing-masing. Almaklum la, negara kita kan sedang dilandan dengan Pandemik Covid-19. Jadi kami tidak merakam bersama. Namun begitu, keadaan ini tidak menjadi penghalang buat ahli KLIK KLIK. Setiap ahli KLIK KLIK merakam video masing-masing dan editor kan mencantumkan semua video tersebut menjadi sebuah video yang lengkap dan sempurna.
Tak perlu la saya cerita panjang. Ayuh sahabat. Kita klik link dan video di bawah bersama-sama. Pasti sahabat tidak percaya dengan bakat kami semua. Kalau takut jangan tengok tau. Video ni memang tragedi sangat-sangat. HUHUHU. Apa tunggu lagi, jom kita saksikan bersama-sama.
https://youtu.be/c_tWlS9xX2o
Macam mana sahabat semua. Seronok kan video kami kali ini. Apa kata sahabat semua cuba hasilkan sebuah video tragedi juga. Mesti lagi kreatif dan berbakat. Boleh saya tonton hasil kalian pula. Okay la. Sampai sini sahaja dulu. Kita berjumpa lagi dengan topik yang lebih menarik.
Assalamaulaikum dan Hai semua. Masih ingat lagi dengan MekJie. Harapnya masih ingat la ye.
Sahabat semua ingat tak, pada minggu lepas MekJie berkongsi tentang pantun tetapi kali ini tentang teka-teki teka tengkuk ular mati dalam mangkuk. HAHAHAHAH. Kali ini tugasan MekJie berkaitan teka-teki. Haihh berteka-teki pula la kita semua. Best tau main teka-teki ni. Bermacam ragam dan jawapan yang diberikan. Tak mau cakap panjang-panjang. Penat la. Ada mata kan semuanya, Alhamdulillah. Mari kita tengok bersama-sama. Kita berteka-teki di Facebook masing-masing.
Post Kedua: 2 Jun 2021
Kita beralih pula kepada teka-teki rakan sekelas saya. Susah-susah teka-teki mereka ni. Tapi MekJie nak puji la sikit, semua rakan-rakan MekJie ni hebat belaka dalam mecipta pantun. WELL DONE semua. Jom kita lihat di bawah.
Bukti Komen
Macam mana sahat semua. Best dan lucukan. Hahahaha. Apa tunggu lagi, giliran sahabar semua pula untuk bermain teka-teki. Buat susah-susah tau. Biar rakan yang lain susah nak beri jawapan. Okay semua. Kita berjumpa lagi di lain hari. Jaga diri semua. Assalamualaikum.