Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 ELEMEN ASAS GRAFIK

1.    MUDAH

·         Sekali lihat atau pandang foto atau video sudah dapat difahami mesej yang ingin disampaikan.

·         Tidak berlaku sebarang kekeliruan terhadap mesej yang disampaikan melalui foto atau video.

 

2.    WARNA

·         Kombinasi warna yang digunakan dalam sesuatu foto atau video.

·         Sesebuah foto atau video seharusnya memiliki tiga warna dan tidak lebih.

·         Bergantung juga terhadap mesej atau objektif yang ingin disampaikan.

 

3.    TEKS

·         Jenis dan saiz font yang dipilih.

·         Kandungan teks juga diambil kira dan dilihat.

·         Tujuan untuk memudahkan pemahaman mesej dan objektif.

·         Semua aspek di atas akan diteliti dengan baik agar mesej dapat disampaikan dengan berkesan.

 

4.    KESESUAIAN

·         Grafik yang sesuai untuk semua latar.

·         Latar tempat, latar masa, dan latar watak.

·         Watak dan bahan yang digunakan dalam sesebuah foto atau video bersesuaian antara satu sama lain.

·         Mesej dan objektif dapat disalurkan dengan berkesan.

 

5.    KESEIMBANGAN

·         Ruang yang terdapat dalam sesebuah foto atau video.

·         Ruang kiri, kanan, atas, dan bawah.

·         Ruang sesuatu foto atau video mestilah sama berat pada semua sisi.



Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA-ANDAIAN

 1. Intuisi

2.    Konteks

·        Penerimaan/penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pegulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

EMOSI

       1. Positif

       2. Negatif

      3.   Emosi  Bercampur

·         Perangai

·        Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

NILAI DAN BUDAYA

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

·         Jujur,   ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesederhanaan.

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan.

·         Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat.

·         Keadilan, kebebasan, rasional.

BAHASA

     1.    Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

     2.    Formal/ tidak formal

     3.   Kesalahan bahasa

     4.    Linguistik

INFERENS

     1.    Rumusan keseluruhan

      2.    Rumusan topik perbincangan

      3.    Penutup  kata

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


    Pra-Andaian ialah perkara atau gambaran yang telah diramal akan berlaku sebelum sesuatu perkara atau tindakan dilaksanakan. Terdapat dua aspek iaitu intuisi dan konteks. Intuisi merujuk kepada gerak hati seseorang tanpa memerlukan pemikiran secara rasional. Konteks merujuk kepada penerimaan/penafian, keperluan, rujukan, anafora, pengulangan, kekaburan, dan penegasan.

    Emosi ialah perasaan yang muncul dalam diri seseorang akibat rangsangan yang berlaku. Terdapat tiga aspek iaitu emosi positif, emosi negatif, dan emosi bercampur. Emosi ini boleh dilihat melalui perangai, personaliti, mood, dan motivasi.

    Nilai dan budaya terdapat tiga aspek yang dinilai iaitu diri, masyarakat, dan adat. Antara nilai yang dapat dianalisis dan dinilai ialah jujur, ikhlas, kesyukuran, kesantunan, semangat kerjasama, dan lain-lain.

    Bahasa memberi fokus kepada bahasa pertama, kedua, ketiga, dan lain-lain. Bahasa juga mempunyai dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Dalam aspek bahasa ini juga, kesalahan bahasa dan aspek linguistik turut diberi penekanan.

    Inferens mempunyai tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan, dan penutup kata. Semua aspek tersebut perlu dianalisis dan dilihat agar ujaran, interaksi, teks, dan tulisan akan menjadi lebih lengkap dan jelas.



Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

1.    WATAK


Ø  Alim

 

Ø  Nenek dan datuk

 

Ø  Ibu dan Bapa

 

Ø  Abang Imran

 

Ø  Kak Madinah

 

Ø  Aisyah

 

2.    LATAR TEMPAT


Ø  Di Kajang

 

1.    Nenek dan datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang.

 

Ø  Di Melaka

 

1.    Nenek dan datuk sebelah bapa Alim tinggal di Melaka.

 

Ø  Kampung

 

1.    Hari ini Alim dan keluarga akan pulang ke kampung.

 

Ø  Rumah nenek dan datuk

 

1.    Alim pun masuk ke rumah nenek dan datuk.

 

Ø  Di Ruang Tamu

 

1.    Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah, dan Aisyah.

 

Ø  Dapur

 

1.    Kelihatan dari dapur, Alim ketawa bersama abang Imran, kak Madinah, dan Aisyah.

 

Ø  Di tepi reban ayam

 

1.    Nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban.

 

Ø  Di kereta

 

1.    Ayah dan ibu pula sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta.

 

2.    Aisyah sibuk mencari permainan yang tertinggal di celah-celah kerusi di dalam kereta.

 

 

3.    LATAR MASA


Ø  Hari ini

 

1.    Hari ini Alim dan keluarga akan pulang ke kampung.

 

Ø  30 minit

 

1.    Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai.

 

4.    LATAR MASYARAKAT


Ø  Masyarakat yang tinggal di kampung

 

1.    Alim ingin bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuk di kampung.

 

Ø  Masyarakat yang keliru dengan persekitaran baharu

 

1.    Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biiasa.

 

5.    EMOSI POSITIF


Ø  Teruja

 

1.    Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung.

 

Ø  Gembira

 

1.    Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar di televisyen.

 

6.    EMOSI NEGATIF


Ø  Sedih

 

1.    Alim sedih

 

Ø  Marah

 

1.    Alim marah

 

Ø  Keliru

 

1.    Alim keliru

 

 

 


Sumber : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.




BBM3410-2021-MINGGU 1A

Mak ayah aku bagi nama Nurul Najihah Binti Mohd Zainal. Aku merupakan anak kelahiran Negeri Perak. Ala negeri yang cakap kome-kome tu tak kan tak tahu kot. Menipu la kalau kome semua tak tahu. Aku merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia yang belajar dalam bidang Bacelor Bahasa Dan Linguistik Melayu. Bila dah masuk alam U ni kau akan ada satu nombor matrik yang akan mewakili diri kau dan nombor matrik aku 201849. Ingat nombor matrik ni ingatlah aku. 

Fizikal aku tinggi macam hantu galah, kalahlah ketinggian pokok kelapa. HAHAHA. Badan aku pula sekurus, senipis, sekeping, dan sekering macam ikan kering yang jual dekat kedai tu. Orang kata kalau ribut taufan melanda, aku boleh terbang melayang macam layang-layang di ruang angkasa. Itu orang kata la, hakikatnya aku masih berada di darat. Bab suara aku memang menang la. Suara aku sangat 'ayu' umpama chipmunks. Siapa yang dengar suara aku yang 'ayu' ni pasti dapat tidur dengan lena. Kalau awak-awak nak tahu, sahabat-sahabat aku gelar aku 'Mak Jiha'. Sahabat aku gelar aku sebegitu kerana gaya dan perwatakan aku dikatakan seperti mak-mak. Suka berleter, suka memperingat, suka ambil berat, suka mengajar, dan yang lagi penting semua perkara aku tahu. Aku bukan puji diri aku tetapi itu apa yang sahabat-sahabat aku bagitahu. Aku apa lagi kembang macam ikan buntal la. HAHAHA. Diri aku ni juga macam warden penjara. Sangat-sangat garang. Aku bukanlah garang sangat, cuma aku seorang yang tegas dalam perkara-perkara yang penting. Biasalah terbawa-bawa identiti 'Kak Long Kawasan'. Tapi segarang-garang luaran aku, dalam aku selembut-lembut kapas. Cepat terasa dan cepat menangis. 

Dah-dah cukup la tu. Cerita sikit-sikit sudahlah. Nak tahu mengenai aku lebih-lebih, berkawan dengan aku. Anda akan mengenali siapa aku yang sebenarnya. Assalamualaikum.



SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Setiap tugasan sepanjang 14 minggu ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...