Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Assalamualaikum dan Hai sahabat semua. Berjumpa lagi kita. Diharapkan kalian semua tidak jemu la dengan perkongsian saya.
Perkongsian saya pada kali ini berkaitan dengan Bab 5 yang terkandung dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi yang bertajuk Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi. Saya telah menghasilkan satu video untuk tatapan sahabat semua. Dalam video tersebut, terkandung segala maklumat dan informasi penting berkaitan tajuk Bab 5. Diharapkan video yang dihasilkan ini dapat memberi sedikit ilmu dan perkembangan yang baharu buat sahabat semua. Apa tunggu lagi, ayuh kita saksikan bersama-sama. Selamat Menonton Sahabat Semua.
https://youtu.be/YWqSNVlrhfw
Saya mohon maaf atas segala kekurangan yang terdapat dalam video di atas. Harapnya bermanfaat buat sahabat semua. InsyaAllah ada masa terluang dan kesempatan, kita akan bersua kembali sahabat. Jaga diri anda. Semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah s.w.t. Amiin.
Assalamualaikum dan Hai semua. Tengah buat apa tu? Kalau tak buat apa-apa meh sini dengar cerita saya. Sekurang-kurangnya dapat la sedikit ilmu baharu.
Mari rapat-rapat sahabat tapi kena ingat jarak 1 meter okay. Patuh SOP tu. Kali ini saya bawak sedikit kelainan. Sahabat semua boleh mencuba selepas ini. Nak tahu apa kelainan tu??? HEHEHEHE. Nak tahu tak kali ini saya belajar membuat pantun. Best tau dapat reka-reka pantun ni. Demi tugasan yang diberikan oleh Prof saya, saya berjaya membuat satu posting di Facebook berkaitan pantun. Nmapak macam mudah tapi tak mudah seperti yang disangka.
Bukan hanya sekadar post tentang pantun, tetapi saya juga kena komen posting pantun kawan-kawan kelas saya dengan berbalas pantun. Bukan perkara yang mudah. Tapi bila dah dapat cipta satu pantun, wahhhhh best sungguh. Tak sangka ada juga la bakat sikit-sikit untuk mencipta pantun. Apa tunggu lagi, mari sahabat semua lihat pantung ciptaan saya.
Gambar di bawah ini merupakan pantun ciptaan saya sendiri yang post di Facebook saya. Pantun sentap namanya. HAHAHAHAAH. Sila la baca pantun saya tu ye. Tak ada kena mengena dengan sesiapun. Hanya pantun untuk peringatan bagi semua manusia.
POST PERTAMA: 26 MEI 2021
Kita bergerak ke pantun yang saya cipta di ruangan komen Facebook rakan-rakan kelas saya. Kami berbalas-balas pantun. Sangat menyeronokkan. Ayuh kita lihat pantun rekaan saya.
BUKTI KOMEN
Sampai di sini dahulu. Next time kita jumpa lagi. Nanti cuba-cuba la cipta pantun kalian pula. Boleh saya baca pantun ciptaan sahabat semua. HEHEHEHE. Mana tahu antara kalian semua ada segelintir yang berbakat. Siapa yang tahu kan. Okay la. Saya minta diri dahulu.
Assalamualaikum dan Selamat Tinggal semua buat seketika waktu.
Assalamualaikum dan Selamat Petang sahabat sekalian. Bersua lagi kita pada hari ini.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat tentang posting terbaru saya di Instagram. Posting ni di buat untuk memberikan ilmu baharu. Posting kali ini merupakan tugasan yang diberikanoleh Prof saya. Cuba teka apa tajuk posting saya kali ni. Cepat teka. Siapa dapat teka saya bagi duit raya. HAHAHAHAHA. Kita kan masih di bulan Syawal. Okay la saya bagitahu. Posting kali ini bertemakan KESILAPAN. Mesti semua orang pernah melakukan kesilapan kan. Nama pun manusia, memang tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Tak nak cakap panjang-panjang. Ayuh sahabat semua kita lihat posting saya dan komen saya pada posting rakan-rakan kelas saya.
POST PERTAMA: 26 MEI 2021
Gambar di atas ini merupakan posting saya berkaitan dengan KESILAPAN
Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bukti saya komen pada posting rakan-rakan kelas saya. Menarik posting mereka semua.
BUKTI KOMEN
Macam mana sahabat semua. Menarik kan posting mereka semua. Sebelum saya menutup penceritaan pada hari ini, saya ingin berkongsi sedikit nukilan buat sahabat semua. KESILAPAN bukan perkara yang menjatuhkan diri kita sebaliknya KESILAPAN merupakan batu loncatan untuk membina kejayaan di masa akan datang. Jangan takut dengan kesilapan lalu. Jadikan kesilapan suatu kunci kedewasaan dan kematangan diri. Ingat tu sahabat semua.
Sampai di sini sahaja. Semoga kita bersua kembali. Jaga diri semua. Assalamualaikum dan Bye-bye.
Assalamualaikun dan Salam Sejahtera buat mu yang bernama sahabat. Semoga kalian semua sentiasa dalam keadaan sihat dan dilimpahkan dengan rahmat-Nya.
Berjumpa lagi kita kali ini. Agak-agak dapat teka apa perkongsian saya kali ini. HEHEHE. Mesti semua tak tahu kan. Okay, hari ini saya nak bercerita tentang tugasan baharu daripada Prof saya. Untuk tugasan kali ini, saya diminta membuat posting di Twitter dengan tajuk KEMANUSIAAN.
Nilai kemanusiaan ini memang wujud dalam diri seorang manusia. Namun, nilai ini bergantung pada diri individu itu juga. Tidak semua manusia dapat menzahirkan nilai kemanusiaan dengan seadanya. Dah-dah tak perlu nak berpunjangga di sini MekJie oiii. Mari sahabat semua, kita lihat posting di Twitter saya berkaitan dengan KEMANUSIAAN.
Gambar di bawah ini merupakan posting Twitter saya berkaitan KEMANUSIAAN. Biasa-biasa je nukilan kita ni. HUHUHU
POST PERTAMA: 26 MEI 2021
Okay. Mari kita tengok pula posting sahabat-sahabat saya yang saya Retweet. Menarik sekali nukilan meraka. Ayuh kita lihat bersama-sama.
BUKTI RETWEET
Okay semua. Sampai sini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Diharapkan semua sahabat saya memiliki nilai kemanusiaan dalam kehidupan anda semua. Tidak rugi sekiranya kita memiliki nilai kemanusiaan tetapi harus di adaptasi dengan sebaik mungkin.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum dan Hai semua. Sihat ke semuanya??? Harapnya sihat-sihat sahaja.
Berjumpa lagi kita. Pasti sahabat semua tertanya-tanya apa pula cerita hari ini. Okay hari ini saya nak berkongsi tentang video one shot??? Mesti sahabat semuua tak tahu kan. Hari ini saya akan berkongsi dan bercerita sedikit berkenaan video one shot.
Untuk makluman semua, video one shot ini terbahagi kepada tiga jenis. Saya akan jelaskan satu persatu mengikut jenis. Harapnya sahabat semua dapat menimba sedikit ilmu daripada saya. Setiap jenis video one shot ini saya sertakan sekali video yang ahli kumpulan saya lakukan. Jangan lupa klik dan tonton video kami di bawah okay. HAHAHAHAHA.
1. VIDEO ONE SHOT ONE LAYER
Rakaman tanpa menggerakan kamera atau fon.
Tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian akhir.
Hanya satu lagu.
Menunjukkan mimik nyanyian dan pergerakan.
Durasi video lebih kurang tiga minit atau mengikut durasi lagu.
https://youtu.be/qhBrB3Kb9ls
2. VIDEO ONE SHOT TWO LAYER
Rakaman mengambil kira satu lapisan latar selain nyanyian.
Mengenaui jalan cerita lagu.
Menunjukkan video yang lebih menarik.
https://youtu.be/bqT5bmVKzio
3. VIDEO ONE SHOT THREE LAYER
Terdapat tiga lapisan latar.
Lapisan pergrerakan boleh dilakukan.
Pergerakan semula jadi juga boleh dimasukkan dalam video.
https://youtu.be/16uTlXjymaY
Macam mana sahabat semua. Best kan video yang kumpulan saya hasilkan. Pasti tidak kering gusi bila sahabat melihat gelagat ahli kumpulan KLIK KLIK kali ini. HEHEHE. Saya harap sahabat semua dapat menimba sedikit ilmu daripada blog kali ini. Nanti kalian cuba la hasilkan video kalian pula. Semoga sahabat semua berjaya OKAY.
Sampai di sini dahulu. Lain masa kita bersua kembali. BYE-BYE SEMUA. ASSALAMUALAIKUM.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus.
Assalamualaikum dan selamat petang semuanya.
Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat. Dengar-dengar kes
covid-19 meningkat semula. Berhati-hati ye kalian semua. Jaga diri patuh SOP. Saya
doakan semoga kita semua akan dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik
hendak-Nya.
Ayuh kita berbalik kepada tujuan utama kita. Okay sahabat
smua. Hari ini saya ingin berkongsi tentang apa itu strategi komunikasi. Kalian
mesti tak tahu kan. Kalau macam tu, jom kita lihat peta minda di bawah. Harapnya
membantu sahabat semua.
Peta minda di bawah merupakan nota ringkas tentang strategi
komunikasi. Untuk pengetahuan semua, untuk berkomunikasi kita juga memerlukan
strategi. Strategi komunikasi diperlukan supaya mesej yang ingin dibicarakan
dapat disampaikan dengan jelas dan tepat.
Peta minda yang pertama ini merupakan peta minda tentang
definisi strategi komunikasi. Definisi ini berdasarkan dua orang tokoh. Secara tidak
langsung, kita dapat memahami maksud strategi komunikasi dengan jelas dan
terperinci.
Peta minda di atas ini pula berkaitan dengan kepentingan
strategi komunikasi. Kepentingan ini juga diperolehi melalui pendapat-pendapat
tokoh. Terdapat 9 tokoh yang menyuarakan dan memberikan pendapat. Ada pendapat
yang hampir sama antara satu sama lain dan ada juga yang berbeza. Tetapi secara
keseluruhannya membawa kepada kepentingan yang sama. Biasalah lain orang lain
pendapat dan pandangannya.
Okay itu sahaja ilmu yang boleh dikongsi pada hari ini. Semoga
bermanfaat buat kalian semua.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum semuanya.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat sahabat-sahabat dan keluarga.
Ada yang sakit perut ke tu? Kebiasaannya pasti ramai yang mengalami sakit perut di awal-awal syawal ni. Almaklum la makan macam-macam juadah sampai tak ingat dunia. HAHAHAHA. Macam mana raya tahun ini? Pasti meriahkan.
Meh sini rapat-rapat. Saya ada cerita nak berkongsi ni. Mesti semua nak tahu kan apa cerita saya kali ni.
Saya nak cerita ni. Haritu, ahli kumpulan KLIK KLIK pi ziarah rumah kawan-kawan mereka. Tapi ziarah secara atas talian je la. Sekarang kan PKP 3.0 mana boleh rentas daerah dan negeri. Jadi ahli kumpulan KLIK KLIK mengadakan ziarah secara atas talian. Seronok tau. Kelainan sangat-sangat. Kami dapat melihat gelagat masing-masing dalam Vlog kami ni. Ada yang pi solat sunat raya, ada yang bersalaman dengan ahli keluarga, ada yang menghidangkan juadah, ada yang makan, ada yang Video Call, dan macam-macam la lagi. Sahabat semua mesti nak tengok dan lihat gelagat kami dalam Vlog Hari Raya KLIK KLIK kan. Kalau macam tu, tekan saja link di bawah. Ayuh kita lihat sama-sama. Seronok sangat-sangat. Kenangan paling indah antara kami semua.
https://youtu.be/25cOT1I_rbw
Dah tengok ke belum Vlog Hari Raya KLIK KLIK. Pasti dah tengok kan. Macam mana, seronok kan. Itu la antara kenangan yang dapat disimpan. Walaupun kita PKP 3.0, ziarah menziarahi masih boleh dilakukan. Zaman semakin moden dan canggih. Jadi kita gunakan kecanggihan yang ada untuk melakar dan mencipta kenangan yang terindah tidak kira dalam apa jua keadaan dan situasi.
Okay la. Sampai sini saja la cerita dan perkongsian saya. Penat cerita panjang-panjang ni. HAHAHAHA. Nanti bosan pulak kalian baca. Panjang umur kita jumpa lagi. Jaga diri semua dan yang penting jaga SOP. Kita masih belum menang.
Ehhh jap-jap. Jangan cepat sangat nak keluar tu. Satu lagi pesanan, jangan lupa teruskan berdoa dan memberi sumbangan kepada sahabat-sahabat kita yang berada di Palestin. Kita sama-sama doakan agar kemenangan milik mereka dan golongan Israel Laknatullah hapus dari muka bumi ini. InsyaAllah, AMIIN.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. 2019. Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum semua. Sihat ke? Harapnya semua sihat-sihat belaka.
Saya rasa masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat kalian semua. Macam mana sambutan tahun ini? Pasti meriah dan seronok kan. Walaupun kita menyambut Hari Raya dalam keadaan PKP 3.0, namun harus diraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Nak duit raya ke? HEHEHE. Kalau nak pm tepi ye.
Dalam kita bersuka ria menyambut Hari Raya, namun ada sebahagian umat Islam yang tidak dapat meraikan kemenangan ini kerana sedang bertarung nyawa menyelamatkan Tanah Islam. Dikesempatan ini, saya mengajak sahabat-sahabat semua untuk kita sama-sama memanjatkan doa agar kemenangan menyebelahi Pihak Palestin dan keamanan buat mereka semua. INSYAALLAH. #PRAY4PALESTIN
Berbalik kepada tujuan saya menulis blog pada hari ini. Tujuan saya pada hari ini adalah ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang suatu video. Nak
tahu apa nama video tu tak??? Okay, nama video tu ialah video setempat suasana
Hari RAYA. Saya pun baru belajar merakam video ni. Jadi saya kongsi ilmu baru
dengan sahabat-sahabat semua. Sebelum saya beritahu langkah merakam video
setempat ini, marilah kita saksikan dahulu video yang saya hasilkan ini. Ayuh sahabat-sahabat.
Klik link di bawah dengan segera nanti sahabat akan sampai ke destinasi
sebenar.
https://youtu.be/INAKCr1uBUQ
Dah lihat video di atas. Meriah kan suasana Hari Raya di
rumah saya. Begitu la setiap kali menyambut syawal. Walaupun PKP 3.0, syawal
harus diraikan. Tak kesah di mana kita berada, syawal harus diraikan kerana
syawal merupakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Okay
cukup la tu. Mari saya beritahu tentang langkah merakam video setempat.
Langkah-langkah:
1.Sediakan fon atau kamera. Kalau tak ada salah
satu ni macam mana nak merakam. HAHAHA.
2.Cari tempat yang ingin dirakamkan. Macam saya,
saya rakam dekat beranda rumah.
3.Selepas mencari tempat yang sesuai, kita setting
fon atau kamera.
4.Letakkan fon dan kamera pada satu tempat sahaja (ikut
la nak pegang atau letak pada tripod).
Video setempat tidak boleh berubah tempat. Perlu statik pada satu tempat
sahaja.
5.Setelah semuanya selesai, mula la rakam video.
6.Semasa merakam video, hanya suara orang yang
merakam je dengar tapi wajah perakam tak boleh ada dalam video.
7.Selepas itu, semasa merakam video tu perakam
akan menerangkan keadaan atau situasi yang sedang dirakam.
8.Suara hanya dalam kelantangan yang sederhana tak
kuat tak pelahan.
9.Rakam la seberapa lama yang anda mahu. Tapi tak
yah la lama-lama sangat.
10.Akhir sekali, simpan video tersebut dalam galeri
anda. Siapppppppppp!!!
BYE-BYE. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari dan masa tetapi tempat yang sama.
Assalamualaikum dan Hai semua. Sihat ke tu??? Semoga sihat la hendak-Nya.
Tugasan pada minggu 6 ini, saya dan ahli kumpulan dikehendaki untuk membuat sebuah video bertemakan simpulan bahasa. Untuk menghasilkan video ini, saya dan ahli kumpulan perlu melakonkan babak simpulan bahasa mengikut kreativiti masing-masing. Alhamdulillah, tugasan ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan semuanya berjalan dengan lancar. Bahagia sangat-sangat. Kerjasama yang diberikan antara ahli kumpulan juga amat membantu dalam penghasilan video yang penuh kualiti dan menarik. Terima Kasih ahli kumpulan Klik-Klik. Kita semua memang awesome. Babak yang dilakonkan sungguh mengelikan hati kerana setiap ahli memainkan peranan masing-masing dengn penuh keikhalasan. Memang benar-benar kreatif. Tak yah la cerita panjang-panjang lagi. Ayuh kita sama-sama tonton dan saksikan video bertemakan simpulan bahasa yang telah dilakonkan oleh ahli kumpulan Klik-Klil. Pasti anda akan tersengih-sengih macam kerang busuk. HAHAHAHAHA. Jom kita lihat video di bawah ini. Semoga anda terhibur.
https://youtu.be/LX46kIlqbtw
Senarai simpulan bahasa yang terdapat dalam video di atas:
1. Rambang mata [tidak boleh membuat pilihan]
2. Mata air [buah hati]
3. Ada angin [Perangai atau tingkah laku yang tidak tetap]
4. Ada bakat [Mempunyai kebolehan]
5. Ada hati [Bercita-cita untuk membuat sesuatu / Menaruh minat terhadap seseorang secara diam-diam]
6. Ada jalan [Mempunyai peluang]
7. Ada sengat/Ada taring [Mempunyai kuasa]
8. Air bujang [Hidangan minuman tanpa kuih]
9. Air muka [Wajah atau rupa seseorang]
10. Mandi peluh (hardworking)
11. Makan angin (bercuti)
12. Alas perut [Makan sedikit untuk menahan lapar]
13. Makan hati (kecewa)
14. Alim kucing [Berpura-pura baik]
15. Ambil angin [Keluar bersiar-siar mengambil udara nyaman di taman atau di tepi pantai]
16. Ambil berat [Mengambil tahu tentang sesuatu perkara atau seseorang]
17. Ambil hati [Membuat sesuatu supaya disukai oleh orang/tersinggung atas perbuatan seseorang]
18. Anak angkat / Anak tut [Anak orang yang dipelihara sebagai anak sendiri]