Dimaklumkan bahawa tugasan yang dilakukan sepanjang minggu 14 ini sama ada tugasan individu atau kumpulan adalah hasil kerja diri sendiri dan juga ahli kumpulan. Tugasan yang diberikan ini telah siap sepenuhnya mengikut senarai tugasan di atas. Semoga dengan usaha gigih untuk menyiapkan tugasan ini menepati dengan kehendak Prof. Terima Kasih Prof.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Univerisiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum dan Hai sahabat semua. Yeayyyyyy berjumpa lagi kita.
Kali ini, MekJie membuat satu tugasan berkaitan denfan video temu bual. Macam-macam video MekJie belajar kali ini. Okay video temu bual kali ini ialah "Belajar Online Norma Baharu". MekJie tahu belajar online ni memang mencabar. Pelbagai sudut ada cabarannya. Mental, fizikal, rohani, dan jasmani. Semuanya la tercabar. HAHAHA. MekJie tahu la bagaimana cabaran dan dugaan belajar online ni sebab MekJie juga alami benda ini. Oleh sebab itu, MekJie membuat keputusan untuk menemu bual sahabat MekJie kerana beliau juga merupakan seorang mahasiswa. Nasib la MekJie dengan dia berjiran. Boleh la berjumpa. Kalau jauh memang tak la. Almaklum la sekarang kan tengah lockdown🥴🥴🥴. Apa tunggu lagi MekJie pun terus la menemu bual sahabat baik MekJie ni iaitu Fitri Kamilia. Mesti sahabat semua nak tengok video temu bual MekJie kan. Ayuh kita saksikan video temu bual di bawah.
Link Youtube: https://youtu.be/yCEobhLxqXI
Dah tengok kan. Itu antara pengalaman yang di kongsi oleh sahabat baik MekJie. Semoga segala cabaran, ujian, rintangan, halangan, dan sebagainya akan memberikan sebuah pelangi yang cukup indah buat sahabat baik Mekjia dan semua mahasiswa di Malaysia. InsyaAllah Amiin. Okay la. Sampai di sini sahaja untuk perkongsian kali ini. Kita berjumpa lagi sahabat semua.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Assalamualaikum dan Hai sahabat semua. Sihat ke tu? Yahooooo kita bersua kembali.
Alhamdulillah, akhirnya perjalanan kita sampai ke garisan penat. Untuk tugasan yang terakhir MekJi, MekJie dikehendaki membuat sebuah video berkaitan risensi buku. MekJie harus melakukan risensi buku yang bertajuk "Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi". Buat pengetahuan sahabat-sahabat MekJie, buku ini banyak memberi manfaat dan ilmu pengetahuan kepada Si Pembaca lebih-lebih lagi berkaitan dengan strategi komunikasi. Bagus sangat-sangat buku ni. Tak rugi beli tau. Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut tenang apa tajuk dan isi yang terkandung dalam buku ini, AYUHHHHHH sahabat semua kita lihat dan tonton video di bawah. Harapnya dapat memberi sedikit gambaran berkaitan ilmu yang dikongsi dalam buku tersebut.
Link Youtube: https://youtu.be/9zcTy58C_rc
Berdasarkan video di atas, ini merupakan tugasan MekJie yang terakhir dalam subjek BBM3410 (Multimedia dalam Bahasa). Tidak dapat dinafikan bahawa subjek ni banyak memberikan ilmu pengetahuan, maklumat baharu, teknik, teori, dan sebagainya. Walaupun penuh cabaran, namun semuanya benar-benar berbaloi. Daripada zero to full. InsyaAllah ilmu yang diperolehi ini akan MekJie guna dan aplikasikan dalam kehidupan MekJie. Apa yang kita belajar sebenarnya memberikan kita pengetahuan yang lebih mendalam dan memberikan kemajuan kepada diri sendiri. Di kesempatan ini, MekJie ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih🥳kepada Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim kerana banyak berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar kepada MekJie. Halalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada MekJie. Di ruangan ini juga, MekJie ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan🙏 daripada Prof atas segala salah silap dan kekilafan MekJie sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Kepada rakan-rakan seperjuangan, MekJie juga ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih🥳 kerana sudi memberikan kerjasama, tunjuk ajar, dan berkongsi ilmu dengan Mekjie selama 14 minggu kita bersama dalam subjek BBM3410 ini. Syukran semua yang terlibat dalam subjek ini.
Jadi itu sahaja daripada MekJie. Semoga kita dapat bertemu lagi. Jaga diri semua. Stay Safe okay. SAYANG KALIAN SEMUA😘❤. Goodluck for final exam. Do the best. You will get the best😊. Assalamualaikum dan Selamat Tinggal semua.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat semua. Apa khabar semuanya? Harapnya sihat-sihat belaka ye.
Cuba teka MekJie nak beekongsi apa pulak minggu 14 ni. Cepat teka. Siapa dapat teka MekJie bagi durian Musang King sebiji. HAHAHAHA. Almaklum la sekarang ni kan musiam Raja Buah. Kali ini MekJie lakukan satu posting di Instagram dengan bertemakan SEPI. Setiap manusia akan melalui fasa sepi ini. Cumanya keadaan berbeza. Apa tunggu lagi, jom MekJie bawa sahabat semua lihat posting MekJie.
Di bawah ini merupakan posting MekJie berkaitan dengan SEPI. Dipersilakan😂😂
Pada masa yang sama, MekJie turut memberikan komen pada posting kawan kelas MekJie. Apa tunggu lagi. Jom kita tengok komen apa yang MekJie buat🤔🤭
Sampai di sini dulu perkongsian MekJie kali ini. Jaga diri baik-baik sahabat semua. Semoga panjang umur kita bersua kembali. InsyaAllah. Assalamualaikum dan Bye².
Assalamualaikum dan Selamat Petang sahabat semua. Alhamdulillah bertemu lagi kita di Minggu ke-13 dengan topik yang berlainan.
Tanpa membuang masa lagi, MekJie terus masuk ke topik kita hari ini. Nak tahu MekJie kongsi apa pulak kali ini. Ayuh ikut MekJie. Sebelum MekJie berkongsi cerita baharu, MekJie nak tanya siapa di kalangan sahabat-sahabat semua yang meminati kopi? Angkat tangan tinggu-tinggi. Hahahahaha. Pasti ada yang minat dan yang tak minat kan. Okay hari ni MekJie berkongsi tentang slot sembang tamu anjuran DBP berkenaan dengan 'Misteri Kopi'. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr. Siti Nur Alia Roslan. Ayuh kita sama-sama tekan link di bawah untuk melihat apa isi yang terkandung dalam sembang tamu kali ini.
Link Youtube: https://youtu.be/d-q-toRLmD4
Kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)
MekJie seorang pengemar kopi. Memang best la sertai sembang tamu kali ini. Sejak sekolah menengah lagi minat kopi ni. Antara kesukaan MekJie ialah Cappucino, Latte, dan Nescafe. Tiga jenis kopi ni memang tak boleh tinggal. Pi la mana-man pun, pasti setia dengan tiga jenis minuman kopi ni. Seronok dan nikmat bila dapat. Rugi siapa yang tak suka tu. HAHAHAHA.
Berdasarkam perkongsian Dr. Alia, pelbagai maklumat dan jenis minuan kopi dapat diketahu kerana Dr. Alia seorang pengemar kopi juga. Memang seronok dengar perkongsian beliau. Banyak maklumat berkaitan dengan kopi dapat diperolehi melalui perkongsian sembang tamu beliau.
Terima Kasih banyak-banyak diucapkan kepada Dr. Alia kerana sudi berkongsi ilmu dan maklumat kepada MekJie dan sahabat- sahabat semua. Kopi bukan sebarang kopi. Kopi juga mempunyai banyak khasiat.
Sampai di sini dulu perkongsian MekJie kali ini. Kita bersua lagi di lain masa dan hari tetapi tempat yang sama. HAHAHAHA. Sebelum tu, lihat la antara komen MekJie pada live sembang tamu bersama Dr. Alia. Najihah Zainal itu adalah MekJie. Bye² semua dan Assalamualaikum.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Berjumpa lagi dengan MekJie. Harapnya tidak bosan la ye. HAHAHAHA
Minggu ini, MekJie buat posting terbaru di IG. Kali ini posting berkaitan dengan suasana. Mesti semua ada suasana yang terindah dalam kehidupan masing- masing kan. Ada suasana sedih, gembira, pahit, dan manis. Macam-macam suasana yang ada. Semuanya suasana tercipta dan terpahat di lubuk hati. Suasana yang MekJie post adalah tentang suasana semasa sesi fotografi di sekolah sewaktu Tingkatan 6 Atas. Memang best. Tak nak la cerita panjang-panjang. Jom kita lihat posting MekJie di bawah.
Posting Mekjie berkaitan dengan suasana di Tingkatan 6 Atas.
Sambil-sambil tu MekJie lakukan komen pada bahagian posting rakan-rakan MekJie. Jom kita lihat komen apa yang MekJie buat kali ini. Hehehe.
Sampai di sini dulu perkongsian MekJie kali ini. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di minggu depan. MekJie doakan semoga semuanya dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Jaga diri sahabat semua. Bye-bye dan Assalamualaikum.
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat MekJie semua. Sihat ke tu? Harapnya sihat-sihat belaka.
Hari ni MekJie nak berkongsi posting terbaru di Instagram. Nak tahu posting apa pula kali in? Mari sini rapat-rapat MekJie bagitahu kome-kome semua. Kali ini posting berkaitan dengan keindahan. Keindahan ini wujud di mana-mana sahaja tidak kira waktu, tempat, dan keadaan. Segala aspek ada keindahan. Tetapi kali ini MekJie memberi tekanan pada keindahan seorang manusia. Sambil-sambil tu MekJie ada jugak komen dan like pada posting kawan-kawan MekJie. Apa tunggu lagi, ayuh kita lihat sama-sama posting MekJie dan kawan-kawan.
Posting MekJie pada 17 Jun 2021
Di bawah ini pula, komen MekJie pada posting kawan-kawan sekelas
Cukup la sampai di sini sahaja perkongsian MekJie. Ada masa kita bersua kembali. Jaga diri patuhi SOP. Sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19. InsyaAllah one day we will WIN!!!!!!!AMIIN🤲🤍